Mesyuarat kali pertama diadakan pada 31/12/10 jam 9:00a.m. Inhouse training diadakan pada 02/01/11 jam 11:15a.m. Orientasi murid tahun 1 juga diadakan pada hari tersebut pada jam 9:00a.m hingga 11:00a.m.
Terlebih dahulu, pada kesempatan ini saya bagi pihak SJKC Triang 2; barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
Oleh yang demikian, saya berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingakt kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapt mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan akan menjadi tunggak yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih sekali lagi buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Mudah-mudahan dengan tercetusnya laman web ini, sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang dan tidak ketinggalan dalam mengharungi peredaran pembangunan Teknologi ICT yang semakin menjadi tumpuan dunia.
Moga laman web ini akan memberi manfaaat ke arah memperkembangkan ilmu dan menyampaikan informasi terkini tentang pendidikan dan sasaran pencapaian sekolah.
Sekian, terima kasih.
"1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"